Showing posts with label Benknäckargänget. Show all posts

Luzon United FC

Semalam gua jalan-jalan dengan awek gua. Ambil kesempatan sikit sebab team Benknäckargänget gua dah finish season. So ada la masa sikit gua nak lepak dengan si manja gua.

Dalam gua tengah jenjalan dengan awek gua ni, gua terfikir untuk daftar nama baru untuk team Benknäckargänget gua. Gua tanya nama yang sesuai kat awek gua. Sebelum ni gua ingat nak letak nama Ninegold FC.

"Cuba u gabungkan nama kita, lepas tu u terbalikkan, " kata my Nono.

"Luzon, sedap juga nama tu. Kalau tambah Luzon United FC best gak kan?" tanya gua.

Awek gua pun menunjukkan senyuman dengan muka yang comel. So gua telah decide untuk tukar nama team Benknäckargänget kepada , 'LUZON UNITED FC'.

Kekal Division 5


Gua rasa heppy minggu ni. Sekurang-kurangnya gua tak rasa gagal mange team Benknäckargänget. Team ni berjaya gua kekalkan di Division 5.

Dorang baru lepas dorang punya last game. Gua puji semangat dorang sebab menang dengan team Juventus CF. Gua tau dorang nak ke div 4. Tapi nak buat macamana, team Ik Vik menang semalam. Kalau dorang seri point team gua akan lebih.

Memang susah gua nak manage team power macam ni. Gua dah bagi nama baru dorang. Musim depan, team ni akan bergelar Ninegold FC.

Malam last Benknäckargänget


Hari penting untuk Benknäckargänget sebab malam ni game last dorang dalam Major League musim ni. Game malam ni penetu daorang untuk kekal ataupun move kat Division lain.

Gua agak risau dengan players gua dalam team ni. Sebab defend tinggal 4. Satu injured pula. Comfirm gua turun 3 defend.

Memang peluang besar untuk Juventus Cf malam ni. Yang peningkan kepala gua sekarang ni adalah tahap prestasi dorang.

Dah hujung season ni prestasi mesti kena jaga. Kalau ok, kecekapan dorang akan naik musim depan.

Malam ni jumpa dengan pendahulu division 5, main pula kat tempat dorang. Posibaliti nak menang memang tipis. Gua harap, Pak din punya jampi mala tadi menjadi la.

Pemanis di hujung


Dapat juga gua pengubat malam ni. Team gua menang dengan Butt Pirates. Boleh la juga gua tidur lena malam ni. Team Benknäckargänget ni gua risau juga mula-mula.

Sebab kalau nak diikutkan memang payah gua rasa nak menang. Purata kekuatan team lawan memang sama dengan gua. Barisan tengah dia memang buat gua cuak. Tapi bebudak ni gua dah injid ubat kuat, dah bagi minum tongkat ali satu rack sorang. Sebab tu semua mencanak main tadi.

Sekarang gua baru sampai rumah. Tadi awek gua cancel untuk kuar sama. Tu pun satu masalah juga tu. Padahal petang tadi dia buka main excited. Ni nak pergi office sendiri pula.

Hairan..

Baru balik dari kem Benknäckargänget

Letih gua hari ni. Sebab gua kena berlepas ke Ofis gua 9gold arena untuk mengatur strategi team Benknäckargänget gua. Team gua ni akan jumpa dengan team Butt Pirates jumaat ni.

Gua telah tersilap percaturan untuk team Benknackarganget ni. Pasal gua telah menjual pemain mudaNoel Rosberg gua yang mempunyai kecekapan 8. Mula-mula gua jual ingat nak tambah income pasukan ni. Tapi market transfer pula dah tutup untuk season ni.

Masak lah gua game juamat ni. Gua punya team sekarang tengah berbaki 2 perlawanan. tambah lagi team gua sekarang ni tinggal nyawa-nya ikan nak termasuk kat zon penyingkiran.

Pening kepala gua fikir masalah ni tadi. Gua harap boleh serilah jumaat ni.

Sekarang gua tengah terbang ke Bear Hill untuk buat persiapan perlawanan friendly esok. sebagai pengurus bertanggungjawab kenalah tunjuk muka. .Butt PiratesBuButt Pirates