Tapai buat gua Terkejut

Apa dah jadi dengan Sembilan Naga FC? Kalah tetiba dengan Tapai United 1-3. Gua runsing betul dengan team ni. Team kuat tapi asyik kalah. Sebelum ni dorang ok sikit. Tapi sejak kebelakangan ni dorang asyik bikin gua panas.

Nasib baik team ni layak ke pusingan seterusnya. Disebabkan kalah semalam prestasi pemain semua down. Lepas ni game untuk pusingan liga. Kat liga lagi cam haram. Payah sangat nak menang.

Gua rasa mungkin sebab umur dorang kebanyakan 30 ke atas. Susah jaga orang veteran ni. Patut lagi tua lagi berminyak. Nampaknya gua kena kumpul duit untuk dapat player yang agak muda untuk seimbang dengan dorang.

Gua harap dorang ada improve la game jumaat ni. Payah juga nak menang musim ni.

0 komen to 9naga: