bunga ros putih


Hari ni gua rasa sedih sangat. Pasal apa? Pasal ex- awek gua datang ofis pastu bagi balik name tag gua dan bunga ros putih yang gua malas nak kire berepa kuntum.

Yang gua geram pasal apa yang dia pergi hantar bunga.. satu ofis kecoh pasal gua dapat bunga. Pulak tu gua bukan kali pertama dapat bunga tu, dah 2 kali da. Segan juga la. Kali ini gua anggap semua cerita gua dengan die dah habis dah.

Gua tau die mesti sedih. Tapi ini yang terbaik untuk dia. Lepas ni kalau jumpa kitorang dah janji takkan tegur. Sendiri punye ingat je la.

Gua harap ex suami dia kali tak fail la jaga die. Gua tau kenapa dia tak sayang ex suami dia dulu. Ex-suami dia tu sengal dan tak romantik. Pelik juga gua sebab patutnya kalau dah berumur tu pengalaman lagi luas.

Manusia...semuanya sama. Yang membezakan cuma iman sahaja.

0 komen to 9naga: