9naga Xpert 11 manager


Hari ni gua telah ambil keputusan untuk tulis setiap rentetan hidup gua selama bekerja dengan sebagai manager bolasepak di Xpert11. Kisah hidup gua pun gua stoy sekali dekat blog ni. Kira macam diary blog gua la.

Nama gua 9naga. Gua mula menceburi bidang football management sejak gua kenal mamat yang bernama ladahitam. Mamat ni telah memberi bimbingan pada gua masa mula-mula dapat join Xpert 11.

Team pertama gua di Tuah Setia FC di Major league. Lepas tu gua telah singn contrat dengan Jebat Derhaka FC di Hijau Kuning Champion League. Sepanjang musim pertama gua, memang gua agak perlahan sikit. Biasala baru belajar. Tapi, gua berjaya di musim kedua HKCL dapat champ Division Preimier League. Di Major league juga gua dah menaikkan ke div 7.

Hari ini sudah ada 4 pasukan dibawah pengurusan gua.

Benknäckargänget di Major League
Sembilan Naga FC di Malaysia Expert League
Jebat Derhaka FC di Hijau Kuning Champion League
Equine Trouble FC di Liga AG

Tuah Setia FC telah gua tinggalkan apabila gua berpindah ke team Benknäckargänget.
Team ni sekarang berada di Divisoin 5. Ramai yang mengkritik apabila gua blah dari team yang gua cipta tu. Tapi alasan gua, perlu ada cabaran baru jika mahu lebih pengalaman.

Dalam blog gua mungkin akan mendedahkan taktikal team gua, tapi biasanya lepas game la. Takut orang curi pula taktik gua.

So ini kerja gua...

0 komen to 9naga: