Sambung Belajar


Gua cek dekat IneD tadi. Tengok ada semakan e-PJJ. Memang gua dulu ada apply. So gua cek la benda tu.

Then the result is gua dapat sambung belajar dalam course Banking Mangement. Gua tak tau nak cakap apa. Sebab gua minta accounting. Tapi gua ingat balik doa gua hari-hari iaitu minta sambung belajar.

Ini gua minta dari tuhan. So gua kena ambil tawaran ni. Alhamdulillah. Gua rasa sayu sangat sebab benda ni gua hari-hari doa. Dah la gua banyak tinggal solat. Tapi tuhan sayang kat gua juga. Memang rasa macam nak jerit. Gua kena buat betul-betul. Peluang kedua bukan senang nak dapat.

Hanya tuhan saja yang bagi. So perancangan gua untuk tahun ni dah berjaya. Happy gila gua dapat masuk Uitm ni.

Tapi gua tak dapat kongsi dengan awek gua. Sebab gua kencing dia dulu gua past accounting. Tapi gua rasa lambat laun dia tau juga. Dah la tempat gua belajar sama dengan dia. Comfirm satu hari nanti kantoi.

Ya Allah..kau Maha penyayang lagi maha pengasih.

0 komen to 9naga: