Tahnia untuk Luzon United FC

Dengan sengajanya gua menyambung cuti gua sampai semalam. Gua ambil cuti 5 hari start dari jumaat. Sebab gua nak setelkan masalah dalaman gua dengan awek gua.

Walaupun tanpa kehadiran gua, Luzon United FC tetap mengganas di gelanggang sendiri. Bukan nak belagak, tapi bagi la can nak kerek sikit. Gua turunkan player muda saja. Tapi gua agak terkejut player muda gua injured 2 minggu. Sayang betul. Gua ingat nak bagi dia naik kecekapan tahun depan.

Alamatnya tak naik la.

Luzon United FC melangkah ke pusingan 2 perlawanan piala dengan mudah. Gua langsung tak terasa tercabar. Tapi game liga junaat ni memang best. Jumpa Juventus Torino.

0 komen to 9naga: