
Hari ini gua friendly dengan team KBM Pocoyo. Team ni ajak gua main kat tempat dia. Gua pun tak kenal. Tapi bagus juga, ini semua boleh dikira sebagai projek silat an rahim la.
Ha, ni gua nak mengadu satu prob. Gua dah hampir percaya yang teori awek cun mesti ade udang disebalik batu batan. Kalau awek cun tetiba ajak kuar, mesti nak sesuatu. Gua dah hampir ditrap.
Ada awek yang kerje kat ofis gua, sebuk mengajak gua kuar dengan dia. Gua macam tarik tali la. Tapi gua dah tau yang awek ni mesti nak ajak gua buat sesuatu yang gua palim menyampah iaitu, meniaga larut malam (MLM). Dari dulu gua kureng dengan benda ni.
Tapi serius gua tak halang dorang nak buat. Tu cara dorang cari makan. Takkan kita nak halang.
Akan tetapi, kalau sedar mara, or kawan lama dengan tetibanya kol, may be ada something!

0 komen to 9naga: