
Tengah gua lepak dalam jet Megat Tornado gua malam tadi, gua dapat mesej dari assist gua. " Team Sembilan Naga FC layak ke pusingan kedua perlawanan piala dalam Malaysia Expert League."
Gua memang dah agak dah dapat. Sebab kalau ikut agregat memang team gua menang pusingan pertama. Malam ni gua akan berlepas ke kem Sembilan Naga FC.
Gua ingat nak belikan budak-budak ni apam balik la sorang sekeping. Kalau Champion baru boleh belanja besar-besar. Esok dorang ada game dengan Spurs Old Boy. Kuat juga team ni. Sebab purata kekuatan team ni 8.
Malam ni gua kena meeting dengan dorang nak discuss pasal game esok.
Letih gua hari ni. Sebab gua kena berlepas ke Ofis gua 9gold arena untuk mengatur strategi team Benknäckargänget gua. Team gua ni akan jumpa dengan team Butt Pirates jumaat ni.
Gua telah tersilap percaturan untuk team Benknackarganget ni. Pasal gua telah menjual pemain mudaNoel Rosberg gua yang mempunyai kecekapan 8. Mula-mula gua jual ingat nak tambah income pasukan ni. Tapi market transfer pula dah tutup untuk season ni.
Masak lah gua game juamat ni. Gua punya team sekarang tengah berbaki 2 perlawanan. tambah lagi team gua sekarang ni tinggal nyawa-nya ikan nak termasuk kat zon penyingkiran.
Pening kepala gua fikir masalah ni tadi. Gua harap boleh serilah jumaat ni.
Sekarang gua tengah terbang ke Bear Hill untuk buat persiapan perlawanan friendly esok. sebagai pengurus bertanggungjawab kenalah tunjuk muka. .Butt PiratesBuButt Pirates

Memandangkan gua punya kerja sebagai manager di Xpert 11 semakin busy, gua telah membeli sebuah pesawat pribadi.
Pesawat ni amatlah diperlukan sebab gua kalau boleh nak kena ada kat 4 kem pasukan gua serentak. Tapi apa nak buat team yang gua nak manage tu memangperlu diberi perhatian.
Gua ingat lepas habis season ni gua nakbawa awek gua fly dalam jet ni pergi taman tergantung babylon la.
Gua bagi nama Jet ni Jet Nakal !
Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances