9naga kena block?

Beberapa percubaan log masuk telah dibuat melalui komputer ini. Untuk sebab-sebab keselamatan, komputer ini telah dihalang masuk selama satu jam.

Gua telah di block dari untuk melihat game team-team gua. Nak buat macam mana, ini semua pasal game semalam la. Yang gua gatal p lebam kan biji mata refree siapa suruh.

Inilah yang terpaksa gua tanggung.Reffree tu la bodoh, gua tengah jerit kat player gua. Tapi dia kata gua maki team lawan.

Memang la gua ada menggunakan kata-kata yang agak kesat sikit. Tapi bukan gua maki team lawan.Gua geram gua maki refree tu, dia maki gua balik.

Lebam biji mata dia gua bagi! Nasib Luzon United Fc 3-0 menang semalam.

0 komen to 9naga:

Galatasary Otai

Jumpa dengan team otai macam Galatasary buat gua rasa berderau. Petang ni Team Sembilan Naga Fc jumpa budak Mizler. Miizler adalah salah seorang otai yang gua selalu minta advice.

Perlawanan ini merupakan perlawanan pusingan akhir Piala Malaysia di dalam Malaysia Xpert League. So gua rasa dia punya live, comfirm satu dunia tengok. Gua menaruh harapan kat player power gua, Xpert Boy. Gua harap mamat ni boleh mencipta gol untuk game kejap lagi.

Gua pun tak puas hati kenapa gua dan Miziler di undi untuk jumpa dalam game ni. Tapi nak buat macamana. Dalam bola sepak tak pernah kenal erti kawan. Di luar kita kawan, di dalam padang lawan tetap lawan.

So, Sembilan Naga FC akan memberi saingan yang terhebat untuk game ni nanti.

0 komen to 9naga:

Lu orang tidor ke?

Gua pelik, macam mana boleh kalah. Game ni gua ingat seimbang je. Taktikal pun lebih kurang. Cuma gua tak main offside. Tu je yang kurang.

Tapi yang buat sakit hati, dah tau team lawan leading sebiji takkan tak reti-reti nak counter balik. Second half langsung takde game. Macam players semua tidor je. Counter attack pun takde. Takkan dah tak ada stamina?

Kekalahan tadi membuatkan kedudukan Jebat Derhaka FC jatuh ke tempat ke 3. Gua tak nak perkara ni berulang. Sebab target gua adalah champion. Gua bukan saja-saja target. Gua target pasal gua tahu kemampuan team ni.

Kekalahan tadi gua rasa macam jatuh dalam longkang lepas tu kaki gua berdarah. Adooi!

0 komen to 9naga:

Welcome S.K.S.U FC !

Lu orang perasan yang Equine Trouble FC sekarang kurang menyengat? Kalau lu orang perasan, maknanya mesti ada orang yang sedang sibuk dan tak sempat usha-usha kat kem Equine Trouble FC.

Gua dapat detect bebudak Equine Trouble FC ni besemangat bila ada pompuan. Gua detcet melalui mesej ni;

Lewis Sanders telah menjumpai seorang awek baru. Untuk mendapat perhatian perempuan itu, beliau berlatih bersungguh-sungguh dan ini telah meningkatkan prestasi beliau. Letih la macam ni kalau semangat datang dari pompuan.

Gua panggil orang macam ni jantan keleper.

Esok game lawan dengan S.K.S.U FC. Ni team orag lama. So pengalaman dorang memang tak usah gua nak habaq la, memang mantap. Dulu gua menang pun sebab miracle. 1-0. Itupun hasil sepakan percuma.

Gua bagi tau kat players Equine Trouble FC, tak semestinya kita menang sebab miracle. Tanpa miracle pun kita boleh menang. Gua sure S.K.S.U FC kali ni mesti nak balas dendam.

Tapi gua ada berita sedih untuk players. Duit bonus kemenangan kali ni tak ada. Pasal gua dah banyak pakai untuk hantar player pergi trainning. Nak baca team lawan punya taktik pun gua dah tak ada duit. So gua harap, lu orang main dengan semangat kesukanan , bukan sebab semangat duit.

Something maybe called miracle will be in Equine Park tomorow.

0 komen to 9naga:

Sepak Mula 23

Musim 23 untuk major league akan berlansung esok. Luzon United FC masih kekal dengan division 5. Gua masih diberi kepercayaan untuk manage team ni.

Dan gua rasa memang gua layak. Gua ingat lagi time gua baru dapat team ni, banyak yang gua dah buat. Dari zon penyingkiran hingga dapat no 3 dalam division 5.5

Luzon United FC telah di undi di dalam division 5.32. Gua dilietakkan dengan manager-manager yang tak asing lagi macam Zamx, dan Chika. Kedua-dua manager ni memang dah biasa berentap dengan team gua. Tak sangka pula dorang dapat naik division.

Misi gua kali ni jadi champ Division. Gua akan bawa team ni untuk naik ke division 4. Lu orang tunggu dan lihat.

Luzon United Fc dah ready untuk menganyang division 5.32..

0 komen to 9naga:

Naluri Cekal

Game besar untuk Jebat Derhaka FC esok.

Gua dan naluri cekal. Adakah players gua dah ada naluri yang cekal? Besok team besar akan test kecekalan naluri team gua. Kalau cekal, maka boleh la dorang menang esok.
Gua baru balik dari cuti. Boleh dikatakan cuti. Sebab gua, depan mata tak nampak bola. Tapi dalam kepala gua fikir bola.

Gua turun tengok training players Jebat derhaka FC. Preparation untuk esok. Lu orang tau, esok game team no 1 dan no 2 division 3. So gua take serius untuk game ni.

Kalau team gua menang, maka meloncat la kedudukan mereka ke singgahsan division 3.

Naluri cekal ni memang team power, sebab tak pernah kalah. Gua tanpa ragu-ragu meletakkan mission untuk membantai mereka sepusa-puasnya. Esok game main kat tempat gua.

Naluri cekal, lu orang tengok macam mana Jebat bersilat esok.

0 komen to 9naga:

friendly of Sg. Yan-LFC

Game malam tadi antara team gua Luzon UNited FC dengan Sg. Yan-LFC betul-betul tunjuk cara permainan friendly seri 1-1 .

Gua awal-awal lagi nak dah cakap nak test striker baru gua, Henk Von Basterberg. Berpuas hati. Mamat tu score gol penyamaan. Kata orang Equilizer.

Game semalam gua umpama latihan bagi kedua-dua pasukan. Gua pakai taktik biasa, dia pun pakai taktik biasa. Dah nama pun friendly. Syabas gua ucapkan kat Ladahitam78 sebab masih stay lagi kat division 6.

Gua tahu perasaan kalau kena turun division. Tapi tu rezeki lu.

Musim akan bermula dengan perlawanan piala isnin ni. So gua bagi players gua rehat hari ni. Lu orang nak pergi thai massage pergila. Dari semalam lu orang merengek kat telinga gua.

Isnin lu orang tak perform, lu jaga.



0 komen to 9naga:

Gol paling bermakna


Lu orang tau tak betapa bestnya erti kemenangan..kalau lu orang nak rasa, lu orang kena kalah banyak-banyak dulu.

Itulah yang gua rasa sekarang. Gua rasa macam nak cium je goreng pisang kat tangan awek je. Wa caya sama lu Sembilan Naga FC. Tak sia-sia gua tainning lu orang, jerit-jerit sambil pegang goreng pisang.

Sembilan Naga FC kalahkan Chelsernal FC yang sekarang tengah leading Division 2. Comfirm tensen brother yang jaga team tu. Sorylah, team gua malam ni agak power sebab dorang dah lama mengidam nak menang.

Walaupun gua guna taktikal sangat menyerang, tapi Chersenal FC ni kepala otak dia baik. Sengaja dorang pakai tatik berhati-hati. Nasib players gua bersemangat waja.

Dapat sumbat sebiji. Cukup la nak buat gua heppy dan bangga dengan lu orang.

0 komen to 9naga:

Kalah lagi!


Bengap!, sengal, bengong!.

Itu ke gua patut cakap kat players Equine Trouble FC. Tapi gua tak tergamak nak cakap macam tu. Marah tahap cipan pun ada. Kekalahan 2 kali berturut-turut. Gua heran la, apa lagi yang nak buat bagi team Equine Trouble FC ni perform.

Lu orang bayangkan, dah dekat 3 minggu presatsi players team Equine Trouble FC down. Habis dah dalam sejuta econ gua guna untuk trainning.

Sesuatu harus dibuat. Gua tak boleh berdiam diri. Nama 9naga kat Liga AG 09 dah mula tak best. Gua kena kaji taktik apa yang terbaik. Kajian untuk taktik ni yang gua menyirap, bila dah serasi team lawan boleh baca pula.

Betul la, bukan senang nak jadi champ manager.

0 komen to 9naga:

Mara terus pusingan ke 3 Piala HKCL

Gua guna satu taktikal yang sangat bijak. Walaupun cam gua ni puji diri sendiri, tapi manager Evil Team tahu sendiri la. Pasal team dia tak boleh makan gua. Gua sengaja guna taktik sangat tahankan. Gua punya team memang dah layak atas sebab, kat tempat sendiri gua dah menang besar 4-0.

Gua pula hantar banyak players untuk trainning khas, so gua sengaja main taktik yang jarang gila manager guna. Baru gua realize, taktik tu sangat menjadi. Evil Team memang tak boleh makan walaupun gua turunkan players muda.

Comfirm gila manager Evil Team bengkek nak mampus dengan gua.

Syabas kat Jebat Derhaka FC. Lu orang memang sentiasa perform superb. Di sebabkan esok raya haji, hari ni gua begi pelepasn awal untuk lu orang pergi balik kampung.

Sorry la, this year budget untuk korban tak ada. Lu orang pergi la korban ka masjid kampung lu orang.

0 komen to 9naga:

Tercabar-Terrafugia akan diamuk

Gua rasa tercabar bila Equine Trouble FC sudah mula di pandang rendah oleh pengurus-pengurus lain. Padahal team gua antara team yang dahsyat. Dah banyak team kuat dalam Liga AG kena tibai dengan gua.

Cuma dengan Lisbon FC team gua tak lepas.

Esok gua kena buktikan sesuatu. Sejak 2nd round Liga AG 09 on, team gua agak tenat. Mana taknya, sebelum start pusingan kedua dorang jumpa dengan team-team champ macam TNT BPPP dan Ladahitam-LFC.

Gua agak runsing. Lepas ni gua kena menang. Equine Trouble FC ni perlu ada kebangkitan. Kalau tak mesti alamatnya kena belasah lagi. Mungkin kaedah mandi bunga juga diperlukan di saat ini. Gua ada pandang bunga -buga kat tepi jalan. Jap lagi gua suruh bebudak ni pergi kutip

Kekalahan game lepas,gua rasa macam berak tak lepas. Lu orang tau kan macam mana rasanya. Mana taknya kena belasah sampai 4-0.

Game dengan Terrafugia main kat tempat dia. Bila gua kaji team tu nampak ada kelemahan kat barisan tengah. Dah comfirm gua tak akan ketatkan tengah. Cari rugi!

Equine Trouble FC, jom kkita amuk Misterius Arena!

0 komen to 9naga:

Sg Yan untuk Testing Power

Tadi gua baru dapat stirker yang ada kecekapan 13. So gua nak turunkan esok untuk lawan dengan Sg. Yan-LFC .

Henk Von Basterberg ni gua baru dapat pagi tadi. Gua ingat gua dah terlepas player ni. Tapi dah jadi rezeki gua.

12 team yang bersungguh-sungguh beat nak dapatkan player ni. Tapi mungkin sebab Henk ni tengok gua ada kredebilit Pengurus yang berjaya kot. Sebab tu dia dengan tanpa ragu-ragu dan segan silu memilih untuk bersama team gua.Dengan adanya Henk Von Basterberg ni, gua memang berharap dapat naik ke divisen 4.

Memang la dorang kata pemain 3o-an ni tak boleh pakai lama.Tapi memang gua tak nak pakai lama. Paling kuat pun gua pakai mamat ni 2 season. Lepas tu cari yang lain.

Gua bukan macam alex fegurson tu. Peram je player dia.

0 komen to 9naga:

Chesernal FC datang tempat gua

Esok game Chelsernal FC. Game lepas main kat tempat dia, team gua seri. Misi gua kali ni nak kutip 3 mata penuh.

Susah betul nak menang dalam game liga. Gua rasa, dalam banyak-banyak team gua manage, team ni paling liat. Tapi gua takkan putus asa. Petang esok gua nak gunakan taktik berhempas pulas cari gol.

Macam kataLadahitam78, serang lagi baik dari bertahan. Ada baik juga. Untuk game ni gua buat macam tu pasal main kat temapt gua. Advantage lebih pada team gua la.

Kalau kalah juga besok, gua ingat nak korbankan 1 daripada Sembilan Naga FC ni.

0 komen to 9naga:

Mizler's advise

Gua nyaris terlupa yang dulu gua pernah minta nasihat dengan otai lama, Mizler. Bro ni sekarang ranking 7 Malaysia. Kira memang otai juga tu.

Ni mesej Mizler pada gua,

"kalo lawan guna formasi 3-5-2,cara nak counter balik formasi tuh ialah 4-5-1 especially team kita main away,main Normal/Cautious, pressure dan through ball,marking midfielder terbaik lawan.."

Masa ni gua ada game dengan Ladahitam78. Before ni gua selalau discuss dengan ladahitam78. Tapi sebab game gua dengan dia, takkan gua nak tanya dia.

Boleh pakai taktikal yang MIzler bagi, dan resultnya gua seri dengan Ladahitam78. Kira ok lah. Sebab kalau atas kertas memang nyata sangat team gua tak sepower team Ladahitam78.

Esok team Jebat Derhaka FC jumpa balik dengan Evil Team untuk pusingan piala. Gua banyak hantar trainning players team Jebat Derhaka FC ni.

Lagipun tak risau sangatla, gua dah tempah seblah kaki ke pusingan ke 3 game piala HKCL.

0 komen to 9naga:

Tapai buat gua Terkejut

Apa dah jadi dengan Sembilan Naga FC? Kalah tetiba dengan Tapai United 1-3. Gua runsing betul dengan team ni. Team kuat tapi asyik kalah. Sebelum ni dorang ok sikit. Tapi sejak kebelakangan ni dorang asyik bikin gua panas.

Nasib baik team ni layak ke pusingan seterusnya. Disebabkan kalah semalam prestasi pemain semua down. Lepas ni game untuk pusingan liga. Kat liga lagi cam haram. Payah sangat nak menang.

Gua rasa mungkin sebab umur dorang kebanyakan 30 ke atas. Susah jaga orang veteran ni. Patut lagi tua lagi berminyak. Nampaknya gua kena kumpul duit untuk dapat player yang agak muda untuk seimbang dengan dorang.

Gua harap dorang ada improve la game jumaat ni. Payah juga nak menang musim ni.

0 komen to 9naga:

Kena titik dengan LIsbon FC


Bengang gila gua semalam. Kalah teruk gua dengan team Lisbon FC. 4-0 diorang bolos semalam. Pasukan Lisbon FC guna formasi 4-4-2. Gua pulak lebih kepada 4-5-1. Kalau di lihat atas kertas gua rasa team gua lebih kurang je kekuatan dengan dia.

Salah satu faktor yang gua dapat tangkap tentang kekalahan semalam, prestasi pemain dah mula turun. Gua bincang dengan manager lain, dorang semua pun mengeluh pasal tu. Agaknya dah memang trend sekarang ni prestasi jatuh.

Selain dari pada formasi dan juga cara pertahanan, semuanya gua tengok sama. So dah nampak jelas kat cara pertahanan tu clash.

Pening gua kalah semalam. Nak buat macam mana, bola tu bulat. Kalau dapat memang sedap, tapi kalau tak dapat rasa menyirap pula.

0 komen to 9naga:

Frenley dengan Fodgen Fighter


Cara bermain adalah faktor penting sesebuah pasukan itu untuk menang..peh skema ayat gua..gua nak cakap semalam Luzon United FC ada game dengan Fodgen Fighter. Team ni kalau lu orang nak tau duduk kat division 1a major league.

So lu orang tau-tau je la kan kepoweran team ni.

Semalam gua bermain secara biasa. Sebab gua nak tengok taktikal cara ni macam mana yang sesuai. Tapi team lawan gua semalam guna cara sama. Maybe sebab dorang ingat ni frenly. So takmau la main presure sangat.

Formation gua semalam 3-5-2. Gua sengaja nak kawal tengah . Sebab team gua sekarang ni tak cukup defend. Pagi tadi gua dapat report dari asisst gua. Deal gua semalam nak player defend kecepakan 9, berjaya. So lepas ni gua nak try guna formastion 4-4-2.

Misi gua dengan Luzon UNited FC musim ni nak jadi champ league.

0 komen to 9naga:

Lagi sebelah

Esok gua jumpa geng Tapai FC. So gua nak menang game tu. Sebab kalau game kat liga gua macam tak ada harapan. Pusingan Piala ni la harapan untuk menang hadiah VIP.

Gua akan turun kem kubu Arena esok. Dengar cerita team lawan nak jampi team gua. Tapi gua tetap main cara bersih. Fairplay la baru gentle. Walaupun Sembilan Naga FC ni kureng dalam liga, tapi gua suka team ni. Gua akan jaga team ni sampai dapat jadi champ.

Players gua pun dah start biasa dengan corak permainan gua. Lagi satu team, ni sebenarnya ada keserataan kecekapan.Purata kecekapan pun cecah 8. Pada gua masa depan dorang cerah.

Sebab tu gua adaptasikan nama gua kat team ni.

0 komen to 9naga:

Lisbon FC

Lisbon FC.

Satu pasukan yang gua naik menyirap. Sebab gua tak dapat kalahkan dia masa game lepas. Pulak tu gua kena 2-4 dengan team tu.

Gua memang pening fikir taktik apa nak pakai kalau jumpa mamat ni. Gua tengok mamat ni punya team memang agak mengejutkan la. Mungkin boleh terceret la kalau jumpa team ni.

Aju413. Pengurus yang kecik tapi akal panjang. Untuk memenangi team ni, memang kena perah otak sikit. Gua turun Equine Park petang ni. Gua nak buat solat hajat dengan bebudak ni. Moga-moga boleh menang esok.

Hidung gua telah tersa macam nak tersumbat..

0 komen to 9naga:

Jebat da Winner

Gua dah agak dah, team Jebat Derhaka FC tak akan kecewakan gua. Mulai hari ni gua akan setia bersama Jebat Derrhaka FC. Players always main sunggu-sungguh.

Tak kira la lawan dorang tu kuat mana.Walaupun menang 1-0, tapi itu sudah cukup untuk gua heppy hari ni.Cuma gua agak risau tentang prestasi pemain yang sudah mula menurun.

Minggu ni gua nak hantar player gua pergi trainning khas. Bagi naik dorang punya prestasi.Gua ingat game lepas ni tak ada masalah kot.

So malam ni gua boleh relax jap tengok wayang 2012.

0 komen to 9naga:

Jebat Jumpa Hyuansan


Gua berdesup pergi kerja kat kem Jebat Derhaka FC. Sampai tengok dorang tengah trainning. Gua memang sayang kat Jebat Derhaka FC sebab dorang team 1st gua sejak gua terjebak dengan kancah football mangement ni.

Petang ni dorang ada game dengan Hyuansan. Team gua nak lawan hari ni champ Primier League C. So kuat la team ni. Gua dah kaji team mamat yang bernama Islah ni.

Dorang power kat attacking side.Sebab dorang ada striker yang mempunyai kecekapan 12.Tapi gua masih boleh relax, sebab pada gua keserataan kecekapan lagi penting.

Gua pernah discuss benda ni dengan Ladahitam78. Dia yang bagitau gua tentang ni.Team yang banyak lompong-lompong ni kureng stabil.

Tapi gua tetap kena beware.

0 komen to 9naga:

Luzon United FC

Semalam gua jalan-jalan dengan awek gua. Ambil kesempatan sikit sebab team Benknäckargänget gua dah finish season. So ada la masa sikit gua nak lepak dengan si manja gua.

Dalam gua tengah jenjalan dengan awek gua ni, gua terfikir untuk daftar nama baru untuk team Benknäckargänget gua. Gua tanya nama yang sesuai kat awek gua. Sebelum ni gua ingat nak letak nama Ninegold FC.

"Cuba u gabungkan nama kita, lepas tu u terbalikkan, " kata my Nono.

"Luzon, sedap juga nama tu. Kalau tambah Luzon United FC best gak kan?" tanya gua.

Awek gua pun menunjukkan senyuman dengan muka yang comel. So gua telah decide untuk tukar nama team Benknäckargänget kepada , 'LUZON UNITED FC'.

0 komen to 9naga:

Kekal Division 5


Gua rasa heppy minggu ni. Sekurang-kurangnya gua tak rasa gagal mange team Benknäckargänget. Team ni berjaya gua kekalkan di Division 5.

Dorang baru lepas dorang punya last game. Gua puji semangat dorang sebab menang dengan team Juventus CF. Gua tau dorang nak ke div 4. Tapi nak buat macamana, team Ik Vik menang semalam. Kalau dorang seri point team gua akan lebih.

Memang susah gua nak manage team power macam ni. Gua dah bagi nama baru dorang. Musim depan, team ni akan bergelar Ninegold FC.

0 komen to 9naga:

Tewas

Gua terkilan dengan kekalahan tadi. Gua ingat dorang dah buah sebaik mungkin. Gua terpaksa terima yang Padimas tu memang handal. Kecekapan pemainnya purata dalam 9. Gua punya purata adalah 8.

So, memang jauhla jurang. Gua kena kaji lebih untuk team Sembilan Naga FC ni. Sebab gua tau team ni memang ada potensi.

Nak kata gua kbengkek, memang la bengkek. Tapi nak buat macam mana. Lagi pun bukan kalah teruk. 1-2 je. Team lawan pun dapat gol last minit.Taktikal Padimas memang baik. Kalau gua kat tempat dia, gua pakai taktik yang sama.

Gua kena denda budak-budak ni..sape suruh kalah!gua suroh menang!

0 komen to 9naga:

Dendam terbalas


Kali ni gua puas hati sebab team Equine Trouble FC menang 3-2 dengan team yang zalim nak mampos tu (Kamikaze All Star). Walaupun tipis tapi, menang tetap menang.

Tapi gua betul tak puas hati, team Kamikaze All Star ni sempat lagi injuredkan striker team gua. Memang menempah maut la dorang ni.

Striker gua terpaksa direhatkan selama 3 game. Lama tu. Gua kena cari peganti ni. Kalau tak masak gua.Kemenangan tadi dah melonjakkan kedudukan gua tangga ke 5 liga AG.

Gua target dapat jadi big 4 liga Ag musim ni pun dah kira puas hati la. Kalau nak champ memang tak dapat la.

Gua kan team baru menyusu..

0 komen to 9naga:

Malam last Benknäckargänget


Hari penting untuk Benknäckargänget sebab malam ni game last dorang dalam Major League musim ni. Game malam ni penetu daorang untuk kekal ataupun move kat Division lain.

Gua agak risau dengan players gua dalam team ni. Sebab defend tinggal 4. Satu injured pula. Comfirm gua turun 3 defend.

Memang peluang besar untuk Juventus Cf malam ni. Yang peningkan kepala gua sekarang ni adalah tahap prestasi dorang.

Dah hujung season ni prestasi mesti kena jaga. Kalau ok, kecekapan dorang akan naik musim depan.

Malam ni jumpa dengan pendahulu division 5, main pula kat tempat dorang. Posibaliti nak menang memang tipis. Gua harap, Pak din punya jampi mala tadi menjadi la.

0 komen to 9naga:

Hutang Padimas FC


Petang ni Sembilan Naga FC mesti manang. Gua tahu bertapa sukarnya untuk menang kalau main kat tempat orang. Tapi kalau nak baiki kedudukan dalam liga, Sembilan Naga FC mesti dapat 3 mata penuh.

Game lepas masa main kat tempat gua result seri. Agak cemas juga la kalau kat temapat lawan.

Gua dapat call dari Alex semalam, gua bincang dengan dia pasal team Sembila Naga FC. Dia suruh gua beware dengan Pengurus Padimas FC.

Sebab Padimas FC ni memang power main kat tempat sendiri. Tambah lagi, mamat tu ranking dia tinggi dalam Xpert11.

Hari ni, gua akan turun untuk tengok game tu. Gua nak players gua kali ni main dengan spirit dragon tiger gates.

0 komen to 9naga:

Ranap Team Setan!


Hancur lebur la harapan Evil Team untuk ke pusingan ke 3. Jebat Derhaka FC hari ni betul-betul buat gua bangga dengan dorang. Lu orang betul-betul ho liau!

Sekali lu orang tibai team setan tu sampai 4-0. Gua sure Murky manager Evil Team tu menangis teresak-esak sebab tak layak dah ke pusingan ke 3.
Gua dah janji nak bagi meggy cup sorang satu kalau lu orang menangkan, so malam nanti kat kem gua suruh water boy hantar meggy cup tomyam.

Harap lu orang kenyang la sampai kembung makan meggy cup tu.

0 komen to 9naga:

Kami dan Kaze


Pagi ni gua turun ke Equine Park FC, nak buat persiapan lawan dengan pasukan yang dikatakan sangat ganas dan zalim, Kamikaze Allstar. Before ni main kat tempat dia gua kena 4-5.

Memang gila la game tu.

Kali ni gua nak menang. Mau kasi balas balik kekalahan lalu yang gua rasa sangat tak best. Awal-awal gua cakap, 100% taktikal gua kali ni different dengan game lepas. Gua nak elak dari dia boleh baca team gua.

Kamikaze Allstar ni tak la power mana, tapi team dia main macam nak bunuh orang. Setiap game dia injuredkan player team lawan. Gua dah belikan insurans untuk setiap pemain gua.

Kalau Dorang kasi injured player gua, bayar 2 juta econ setiap pemain!

0 komen to 9naga:

Esok jumpa Team Setan


Gua agak gementar sikit dengan game Jebat derhaka FC. Sebab gua kena lawan dengan team setan ( Evil Team). Gua dah cek latar belakang team tu. Memang superb. Gaya team tu memang macam orang lama.Mana tak lama.

Murky tu dah pegang Evil Team sejak tahun lepas. Evil Team sekarang ni duduk dekat team Div 1 HKCL. Kira memang mantap la.

Gua ingat kena perlukan khidmat Harun Din la untuk halau segala setan dekat Jebat Arena tu. Kalau setan kat Jebat Arena tu bergabung dengan Evil Team, dah comfirm bungkus team gua.

Gaya Evil Team main lebih kurang macam gua. Itu yang membuatkan gua tak layan kejap awek gua.

1 mesej dari gua punya awek," pernah rasa kasut saiz 7 tak?"

0 komen to 9naga:

Most important

Lu bingit tak kalau ada orang bebel kat telinga lu?

Semalam awek gua sudah mula menunjukkan 1st step nak jadi queen. Dia kata," U nanti dah kahwin mesti u asyik busy dengan Xpert 11. "

Disebabkan hari ni gua cuti, mana-mana team tak ada game, so gua ingat nak bawa dia jalan-jalan. Semoga hatinya kembali lembut. You know, my future wife ada 2nd den Taekwando blackbelt tau. Siapa berani, meh try. Comfirm melambung.

Thats why gua kata," my wife is a gangster."

Tapi kalau dengan gua agak-agaka siapa yang melambung?

0 komen to 9naga:

Makan Tapai

Dulu kalau pergi rumah orang kahwin mesti gua cari tapai. Tapai ni memang best. Manis, nak-nak tapai pulut. Kalau ada kencing manis, and nak mati cepat, makan la banyak-banyak.

Semalam Sembilan Naga FC, gua belanja makan Tapai United FC. 4-1 Lu orang belasah Tapai United. Memang lu orang pelahap.

Gua rasa kadang-kadang taktikal 4-4-2 ni kalau digunakan dengan betul memang menjadi. Sebab tu minggu ni kebanyakan pasukan gua, gua suruh dorang main guna 4-4-2. Sebelum ni gua lebih cenderung pada 4-5-1 atau 3-5-2. Sebab gua rasa taktikal tu dah mula di hafal oleh pengurus lain, so gua tukar.

Sembilan Naga FC ni kalau main untuk pusingan piala memang best. Tapi kat liga, macam haram. Gua ingat nak hantar players Sembilan Naga FC pergi kursus kahwin la.

0 komen to 9naga:

Thanks Ladahitam78

Gua dah cakap dah, team K.O.D tu mesti dah baca taktikal lepas gua. Dia mesti bajet gua akan pakai taktik yang sama untuk lawan dia.

Sorry la cakap kat zamx pengurus Kicker of Darknes. The Dream Dark for you la. Gua discuss dengan mantan juara, ladahitam78, dia tak setuju gua guna bola panjang. Sebab bahagian tengah pasukan K.O.D agak kuat. So dia cadang kat gua main relax , pakai je kombinasi untuk full pakej 4-4-2.

Hasil dari discuss dengan Ladahitam78 team gua perform tadi. 2-1 K.O.D kena dengan gua. Gua comfirm zamx sure bengkek dengan gua.

Syabas player Equine Trouble FC. Nanti hujung minggu gua buat majlis keramaian untuk lu orang. Itu pun kalau lu orang menang game Jumaat ni.

0 komen to 9naga:

Kicker of Darknes

Nak main-main ke, nak betul-betul? Itu mungkin lu orang yang fikir. Gua tidak. Walaupun lawan gua tu member sendiri, gua memang tak akan bagi can walau sekelumit sekalipun.

Gua dengan zamx selalu lepak sambil kena secawan kopi hazelnut untuk discuss taktikal. Tapi hari ni team gua Equine Trouble FC akan jumpa untuk game di LIga AG 09. Mamat ni memang pandai baca taktik orang. Itu yang buat gua risau. Sebelum ni team gua cuma seri dengan mamat ni.

Hari ni gua nak guna 4-4-2. Sebab mamat ni pernah cakap yang dia pening kalau team lawan guna formasi ni. Gua ada kelebihan sikit sebab kali ni main kat tempat gua.

So gua rasa gua nak hantar bomoh la bagi weng sikit player dorang bila masuk Equine Park Arena.

0 komen to 9naga:

Jebat Derhaka FC tunjuk taring

Puas hati gua hari ni. Siapa tak happy kalau menang. Taktikal gua menjadi dan succes mengalahkan Dad FC 2-1. Biasalah, main tempat orang ni memang gua cuak sikit.

Takut penonton baling botol atau mercun. Tapi gua tau Dad FC punya penyokong semua baik dan sopan. So, yang gua cuak adalah player gua ni kengkadang gugup sikit main kat tempat orang. Tapi seriusla, dorang perform cun tadi.

Player lagend Alexis Algachirov gua tadi score pula. Nampak macam dah mula menonjolkan prestasi yang cun. Gua tak nak belanja dorang makan. Sebab lepas ni dorang ada game untuk pusingan piala.

Kalau bagi dorang mabuk-mabuk, takut prestasi down pula.

Thanks la Jebat Derhaka FC, korang memang best hari ni.

0 komen to 9naga:

Kerja Berat

Kepala gua macam nak pecah bila gua fikir pasal team Sembilan Naga FC. Gua sekarang ni baru sampai kat kem Sembilan Naga FC.

Gua ada buat jual beli dalam Sembilan Naga FC. Gua listkan kat transfer market 2 player yang gua rasa boleh buat duit sikit. Pastu gua beli seorang player yang ada kecekapan 8 di barisan tengah.

Kedudukan team Sembilan Naga FC betul-betul mengecewakan. Tapi, lepas gua jumpa awek gua malam tadi, tetiba dapat idea untuk tajamkan serangan team gua tu. So petang ni gua akan meeting dengan pemain untuk mengubah gaya permainan.

Formation gua rasa setakat ini gua kekalkan. Sebab masih relevan. Gua harap game esok ada miracle!

0 komen to 9naga:

back bone


Kejayaan seorang lelaki di support oleh seorang wanita. Satu statement yang gua rasa cam boleh pakai je.

Gua fikir balik, dulu masa sekolah masa gua trainning bola kalau awek tengok mesti gua rasa semangat gila punya. Tapi kalau tak ada awek atau baru lepas clash, memang kuyu semacam.

So statement ni gua kira ada power behind there.

Tadi gua tengok clip pompuan puaka. Dalam hati gua terus terdetik," ni seua mesti story ngarut."

Tapi pepatah inggeris ada kata don't judge a book by the cver. Gua terkejut beruk bila tengok clip tu. For men please beware wih women behind you, may be she are using 'puaka' to tackle you.

Serius beb, jangan tengok la. Nanti lu orang mesti terkejut punya.

0 komen to 9naga:

Trainning

Hari ni gua turun Bear Hill. Esok Jebat Derhaka FC ada game dengan Dad FC yang gua kira hebat la. Tak silap gua team ni dulu masa season 1st pernah jumpa dengan team gua. Tapi bukan gua yang mange la.

Gua sampai kem tu tengok players dah start siap untuk trainning. Memang berdisiplin la dorang ni.

Gua dah kaji perlawanan lepas. Dan gua dah tau sebab gua kalah hari tu. So hopefully esok langit cerah untuk team Jebat Derhak FC.

0 komen to 9naga:

Pujuk


Gua merajuk dengan awek gua. Lantak apa rang nak kata.P.ramlee kata, perempuan ni sekali sekala kena ajar sikit. Kalau tak nanti naik lemak. Tapi jangan lebih-lebih. Merana badan sendiri pula.

"U, sorry ek pasal semalam. Nanti esok i buat nasi gorang blackpaper ek untuk u," pandai pula dia pujuk gua balik.

Tapi kalau dia tak pujuk, kena gua pujuk dia balik. Sok gua makan nasi goreng blackpaper!

0 komen to 9naga:

Pemanis di hujung


Dapat juga gua pengubat malam ni. Team gua menang dengan Butt Pirates. Boleh la juga gua tidur lena malam ni. Team Benknäckargänget ni gua risau juga mula-mula.

Sebab kalau nak diikutkan memang payah gua rasa nak menang. Purata kekuatan team lawan memang sama dengan gua. Barisan tengah dia memang buat gua cuak. Tapi bebudak ni gua dah injid ubat kuat, dah bagi minum tongkat ali satu rack sorang. Sebab tu semua mencanak main tadi.

Sekarang gua baru sampai rumah. Tadi awek gua cancel untuk kuar sama. Tu pun satu masalah juga tu. Padahal petang tadi dia buka main excited. Ni nak pergi office sendiri pula.

Hairan..

0 komen to 9naga:

Dia kol lagi


Lu orang tau tak, kalau bercinta dengan anak orang kaya ni yang paling meletihkan adalah melayan dia telefon. Nasib lu la kalu lu orang dapat awek macam ni.

Gua rasa ada betulnya cakap member gua, "cerita lu dengan tengku amy tu memang takkan habis."

Pagi tadi dia ada kol gua. Gua ingat lepas dia bagi bunga tu setel dah kisah hidup gua dengan dia. Tapi tak setel juga. Dia minta supaya gua dengan dia at least jadi kawan. Masalahnya dia tu nak kahwin dah. Gua tak mau jadi pengebom masjid yang dia nak bina balik tu.

Aduss..gua rasa agak kepeningan la lepas dia kol tu. Memang gua sayang dia. Tapi kitorang memang tak boleh kahwin.

Macam mana agaknya gua nak bagi dia lupa sama muka gua?

0 komen to 9naga:

kalah dengan taktik

Taktik gua tak menjadi kat kubu arena. Sembilan Naga FC tewas sipi dengan Spurs old boy. Memang kali ni gua ngaku salah gua. Bijak betul taktik pasukan lawan.

Dorang menggunakan serangan dari wing side. So takleh wat apa la, sebab gua cuma ketatkan tengah. Minggu ni kira minggu duka cita gua. Sebab 3 team gua semua kalah. Gua rasa gua yang tak pandai manage team lagi ni.

Lepas ni gua kena pergi 9gold Arena. Satu lagi team gua. Sekarang ni gua banyak pening kepala woo fikir pasal team gua yang baru lepas kalah ni.

Team Sembilan Naga FC ni ada potensi besar. Tapi sayang, memang team yang satu group dengan team power. Cabaran bagi gua semakin hebat ni.

0 komen to 9naga:

Kesengalan Penjaga Gol!

Gua betul sakit hati dengan penjaga gol pasukan Equine Trouble gua. Memang sengal tahap cipan. Sebab gua rasa ni mest malam tadi dia tak cukup tido, 5 biji dia lepaskan.

Gua memang professional dalam bidang gol keeper. Gua memang tau sangat kenapa seseorang penjaga gol tu lepas gol banyak. Samada tak cukup tido, atau malam tadi dia bersetubuh dengan bini dia. Lemah betul.

Dua gol dia lepaskan sebab leka dan gol tu tak sengaja. Gua ingat gua kena cek balik tahap kecergasan keeper gua ni. Kalau dia tak improve, memang gua kan cari keeper baru.

Rugi beb kalah besar hari ni!!!

0 komen to 9naga:

Mendung tapi gua naik motor


Gua nak balik rumah, tapi langit mendung bagai dah malam. Nyesal gua tak bawa kereta. Ni ada yang kena tumpang bebudak ni balik.

Saja hari ni gua bawa motor gua ni pergi kem. Ingat nak tayang motor sponsor bagi. Hawau, dah la motor ni tak ada baju hujan. Memang comfirm kuyup kalau gua teruskan niat balik naik motor.

0 komen to 9naga:

Betul punya pengajaran


Main-main punya friendly bebudak ni buat. Gua sengaja turun 90% pemain simpanan. Betul macam gua agak. Kalah teruk dengan team Pinggiran Putra-LFC. Dorang pun dengar cerita turunkan player sub je.

Gua tak tengok game tadi. Sebab gua tengah trainning pasukan Equine Trouble FC.

Walaupun kalah gua tak rasa malu dengan team mantan juara HKCL tu, kira dapat belajar banyaklah dari team orang lama tu. Lepas ni baru gua akan tunjuk taring sebenar Jebat Derhaka FC.

Gua tahu kekuatan sebenar team Jebat Derhaka FC, awal-awal seoson ni gua tak tunjuk taring sangat. Saja follow dekat je.

So lusa baru gua lepak kat kem Jebat Derhaka FC dengan karutan dorang pasal friendly tadi.

0 komen to 9naga:

Laporan kem Equine Trouble FC

Esok perlawanan penting untuk team Equine Trouble FC. Dalam banyak-banyak team gua handle, team Equine Trouble FC la paling gua cuak.

Team ni gua dapat dalam keadaan yang sangat parah. Sebab team ni tak ada player yang mantap. Segala result dorang bergantung pada miracle taktik. Payah la kalau tiap-tiap gam gua kena harapkan miracle.

Tadi gua bersama dorang dalam sesi latihan. Gu acakap," lu orang kena menang, sebab lu orang kena naikkan balik kedudukan dalam liga."

Sempat juga gua jogging dengan dorang. Gua rasa team ni ada potensi. Sebab team ni team baru. Tapi dah banyak team yang bengang sebab kalah dengan team ni.

Esok jumpa dengan team Pajalesek. Dulu masa lawan kat tempat sendiri kena belasah 0-4. Thats why gua suroh dorang main betul-betul. Jangan kasi malu muka gua.

0 komen to 9naga:

Perempuan

Gua pelik perempuan zaman sekarang ni. Tengah gua busy buat persiapan untuk team gua petang ni punya game, gua buka la mail. Nak tahu mana tahu ada e-mail dari pasukan lain atau pengurus lain,ada pula aweks ajak gua pergi tengok wayang filem 2012.

Kalau gua pergi memang melampau la. Tak setel juga kerja ni nanti.

Yang gua hairan budak bawah ofis gua pula tu. Gua pelik apahal la yang dia dari haritu dok sibuk nak mesej gua.Gua bukan kenal dia pun. Memang la gua layan, setakat dalam facebook je la. Sebab saja layan awek cun. Tau awek gua mampus ngamuk satu dunia.

Ni lagi satu gua geram. EX-gurl gua boleh bikin taik dengan gua. Pakai broaband gua tapi tak bayar. So celcom telah call rumah gua. Memang menaikkan darah gua. Kalau bayar pakai matawang econ boleh tak?

Perangan perempuan sekarang ni memang susah nak layan la. Dorang ni dah lebih berani dari lelaki. Mungkin dunia nak kiamat agaknya.

0 komen to 9naga:

Aku dah agak Comfirm LAYAK!



Tengah gua lepak dalam jet Megat Tornado gua malam tadi, gua dapat mesej dari assist gua. " Team Sembilan Naga FC layak ke pusingan kedua perlawanan piala dalam Malaysia Expert League."

Gua memang dah agak dah dapat. Sebab kalau ikut agregat memang team gua menang pusingan pertama. Malam ni gua akan berlepas ke kem Sembilan Naga FC.

Gua ingat nak belikan budak-budak ni apam balik la sorang sekeping. Kalau Champion baru boleh belanja besar-besar. Esok dorang ada game dengan Spurs Old Boy. Kuat juga team ni. Sebab purata kekuatan team ni 8.

Malam ni gua kena meeting dengan dorang nak discuss pasal game esok.

0 komen to 9naga:

Baru balik dari kem Benknäckargänget

Letih gua hari ni. Sebab gua kena berlepas ke Ofis gua 9gold arena untuk mengatur strategi team Benknäckargänget gua. Team gua ni akan jumpa dengan team Butt Pirates jumaat ni.

Gua telah tersilap percaturan untuk team Benknackarganget ni. Pasal gua telah menjual pemain mudaNoel Rosberg gua yang mempunyai kecekapan 8. Mula-mula gua jual ingat nak tambah income pasukan ni. Tapi market transfer pula dah tutup untuk season ni.

Masak lah gua game juamat ni. Gua punya team sekarang tengah berbaki 2 perlawanan. tambah lagi team gua sekarang ni tinggal nyawa-nya ikan nak termasuk kat zon penyingkiran.

Pening kepala gua fikir masalah ni tadi. Gua harap boleh serilah jumaat ni.

Sekarang gua tengah terbang ke Bear Hill untuk buat persiapan perlawanan friendly esok. sebagai pengurus bertanggungjawab kenalah tunjuk muka. .Butt PiratesBuButt Pirates

0 komen to 9naga:

Jet Nakal


Memandangkan gua punya kerja sebagai manager di Xpert 11 semakin busy, gua telah membeli sebuah pesawat pribadi.

Pesawat ni amatlah diperlukan sebab gua kalau boleh nak kena ada kat 4 kem pasukan gua serentak. Tapi apa nak buat team yang gua nak manage tu memangperlu diberi perhatian.

Gua ingat lepas habis season ni gua nakbawa awek gua fly dalam jet ni pergi taman tergantung babylon la.

Gua bagi nama Jet ni Jet Nakal !

0 komen to 9naga: